Saturday, October 15, 2011

Pada Perempuan

(1) BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA: "✿ Beritahu pada Perempuan itu dirinya Ibarat Kaca...
di sentuh terGuris, di hantuk Serpih, di hempap Berkecai...

✿ Beritahu pada Perempuan itu Jaga Tingkah Laku...Jaga Pakaian...
Harga Diri Letaknya di situ,..Jangan Meluru ikut Telunjuk Nafsu,..
... seSekali terSilap Langkah,..akan di Hukum Selamanya,...
Keturunan diCerca Payah...di Mana & dalam Keadaan macam mana pun,
biar 0rang kenal...
***Dia orang ISLAM...***

✿ Beritahu pada Perempuan itu SIMPAN SECEBIS MALU...
kerana MALU itu, sebahagian daripada IMAN"
Share:

Kata kata hikmah

BICARA HATI KELUARGA SEJAHTERA: "Yang Singkat Itu "WAKTU".
Yang Menipu Itu "DUNIA".
Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
Yang Berat Itu "AMANAH"
... Yang Sulit Itu "IKHLAS".
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
Yang Membakar Amal Itu "MENGUMPAT [GHIBAH]".
Yang Mend0r0ng Ke Neraka Itu "LIDAH".
Yang Berharga Itu "IMAN".
Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
Yang Ditunggu ALLAH SWT. ♥ Itu "TAUBAT"."

'via Blog this'
Share:

Tidak Ada...

Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.

Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.

Tidak ada pujian bersama kesombongan.

Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.

Tidak ada kemuliaan bersama adat yang kuno.

Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.

Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.

Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.

Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.

Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.

Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.

Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.

Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui
Share:

Mana Mak?

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Share:

Peluk Islam Beberapa Minit Sebelum Meninggal

Kisah ini diceritakan oleh Abdullah Bin Mubarak, seorang ulama hadith di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Semasa aku menunaikan ibadah Haji di Baitullah, ketika berada di Hijir Ismail aku tertidur di tempat itu dan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpiku itu Baginda bersabda,”Bila kamu pulang ke Baghdad nanti, masuklah ke daerah ini dan temuilah seorang bernama Bahram Al Majusi. Sampaikan salamku padanya dan katakan bahwa Allah telah menyayanginya!.”

Tiba-tiba aku tersedar dari tidurku, lalu membaca : LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL ‘AZIM.Ketika itu aku berkeyakinan bahawa itu adalah impian syaitan. Maka aku segera bewudhuk dan thawaf di sekeliling ka’bah. Kemudian akupun tertidur kembali dan seperti itu lagi. Hal ini berulang sampai tiga kali berturut-turut. Selesai menunaikan rangkaian ibadah haji itu, aku pulang ke Baghdad dan masuk ke sebuah tempat sebagaimana yang diisyaratkan Rasulullah s.a.w dalam mimpiku itu.

Di daerah itu aku berusaha mencari rumah Bahram Al Majusi, dan ternyata dia adalah seorang lelaki yang usianya telah lanjut. Kemudian aku bertanya kepadanya: “Wahai tuan, benarkah tuan ini adalah Bahram Al Majusi?” Bahram: “Benar, silakan duduk dulu. Aku baru saja membahagi-bahagikan pinjaman berbunga kepada orang-orang yang memerlukan. Ya.. inilah pekerjaan yang baik bagiku.” Aku (Abdullah Bin Mubarak): “Tuan, bukan menurut ajaran Nabi pekerjaan macam itu haram hukumnya?!.

Adakah tuan memiliki pekerjaan yang lebih baik selain itu?” Bahram: “Tentu saja ! Aku memiliki empat orang putra dan empat orang putri. Kemudia keempat putriku itu aku kahwinkan dengan keempat putraku.” Aku: “ini juga haram hukumnya,Tuan!

Adakah tuan memiliki amal yang lebih lagi selain itu?” Bahram : “Ada! Ketika aku mengawinkan anak-anakku, aku mengadakan acara walimah dan mengundang orang-orang majusi.” Aku : “Ini juga haram tuan…

Adakah amal baik selain yang itu?” Bahram: “Ya, ada. Disamping keempat pasang anakku yang telah ku kahwinkan itu, aku masih memiliki seorang putri yang sangat cantik. Dialah wanita tercantik yang pernah kulihat di dunia ini. Kerana itu, dia kuambil sebagai isteriku sendiri. Lalu aku mengadakan walimah. Dan dalam walimah itu, aku mengundang seribu orang lebih.” Aku : “wah, Itu malah lebih haram lagi, Tuan.

Tidak ada lagikah yang lainnya?” Bahram : “Ya, ada lagi. Pada suatu malam ketika menggauli anak perempuanku, tiba-tiba datang seorang muslimah. Wanita pemeluk agamamu itu menyalakan sebuah lampu di depan rumahku, maka aku pun menyalakan lampu bilik tidurku. Bila lampu bilik tidurku menyala, tiba-tiba dia memadamkan lampu di depan itu, dan kemudian pergi dengan tiba-tiba. Lalu aku pun memadamkan lampu kamar. Selang beberapa saat, dia datang lagi dan menyalakan lampu di ruang tamu. Kemudian aku pun menyalakan lampu dalam bilikku. Aku berkata dalam hati, “Ini pasti seorang mata-mata dari komplotan pencuri.” Maka ketika dia keluar, aku terus mengikutinya dari belakang. Dia terus memasuki rumahnya sendiri. Aku mengintainya dari luar rumah, nampaknya dia telah ditunggu-tunggu oleh keempat orang anaknya yang semuanya perempuan.

Maka setelah dia masuk, anak-anaknya itu terus menyambutnya seraya berkata; “Wahai ibu, apakah ibu membawakan makanan untuk kami? Kami sudah tak tahan lagi menahan lapar dan haus.” Dan si ibu menjawab; “Anak-anakku, aku merasa malu kepada Tuhanku untuk meminta-minta kepada selain kepadaNya. Apalagi meminta-minta kepada musuh Allah seperti jiran kita yang beragama majusi itu!”

Mendengar kata-kata perempuan itu, aku merasa begitu hiba. Dan aku terus pulang mengambil sebuah bekas yang kupenuhi dengan makanan, lalu ku hantar sendiri ke rumah perempuan tersebut, dan mereka pun nampak begitu gembira.”

Aku : “Hah, inilah, Tuan, yang lebih baik bagimu! Dan ketahuilah, aku membawa khabar gembira untukmu.” Kemudian ku ceritakan semua peristiwa yang terjadi dalam mimpiku itu. Tiba-tiba, tanpa ku duga sama sekali, Bahram Al-Majusi itu mengucapkan ikrar dua kalimat syahadat: ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH WA ASAYHADU ANNA MUHAMMDAN ‘ABDUHU WARRASULUH. Alangkah terkejutnya aku, karena begitu selesai mengucapkan ikrar dua kalimat kalimat syahadat itu, dia langsung tersungkur, dan ternyata telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian dia ku mandikan, ku kafani, dan ku solatkan.”
Share:

SEBAB DOA TIDAK DITERIMA

Kita selalu bertanya dan tertanya kpd diri kita mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah..
Jom kita semak diri kita adakah kita tersenarai di antara salah satu sbb yg akan dicatatkan di bwh :
1. Kamu mengenal Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya
2. Kamu telah membaca quran tetapi kamu tidak beramal dgnnya
3. Kamu berkata Neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya
4. Kamu menyangka kamu cinta kpd Rasulullah, tapi kamu meninggalkan sunnahnya
5.Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaibban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
6. Kamu berkata Syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
7. Kamu berkata mati itu adalah benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya
8. Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan suruhan-Nya
9.Kamu telah berkata Syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

Marilah bersama kita hindari perkara2 di atas dgn harapan semua doa kita akn di makbulkan oleh Allah swt
Share:

Ucapan Syukur

Ucapan syukur yg mesti kita ucapkan setiap hari kepada Allah swt ialah Alhamdulillah..atau sambungnya ‘hi rabbil ‘alaa min’ yg bermaksud segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.
Jika sesama manusia kita sering mengucapkan
kata “terima kasih..mak”
“terima kasih.. cikgu” dan macam2 lagi..
Orang yg menerima ucapan terima kasih itu pula akan berasa seronok dan gembira.

“Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
- [ Ali Imron : 145.]-

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” .-[ Ibrahim : 7.]-

“…Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.” -[ Al Baqarah : 152.]-
Share:

Carilah Hatimu

Pesanan Imam Al-Ghazali ialah Carilah hatimu di tiga tempat :
1. Temui hatimu sewaktu bangun MEMBACA Al-Quran, tetapi jika tidak kau temui,
2. Carilah hatimu ketika MENGERJAKAN SOLAT, jika tidak kau temui juga ,
3. Carilah hatimu ketika kau sedang duduk BERTAFAKUR mengingati MATI. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah , pinta HATI yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai HATI.
Jadi sama-samalah kita memelihara HATI kita dari mati..
Share: